Sunday, October 13, 2019

Terasing, lapan dan sembilan oktober

Tenang je hati, ringan je kepala,
Menapak ke ruang seniman bertempur,
Seronok dia tak terkata.

Melihat wajah yang betul-betul menyejukkan hati,
Dah lama tak rasa begini,
Hati-hati yang kental,
Jiwa-jiwa yang kenyal,
Satu anugerah bagi aku bila disatukan satu jalan.

Berhajat dan gigih usahanya,
Bagus, kekalkan semangat itu sayang-sayangku,
Aku jujur, di kala kau dibebani, aku doakan Tuhan
Permudahkan urusanmu,
Sama seperti kau semua dah meringankan bahu lesuku.

Terima kasih kerana kalian semua,
Terasing itu bukanlah kerisauan,
Malah seerat erat ikatan kita,
Itulah cerminan rabitah kita tiap malam.

Light again,
Fir

No comments:

Post a Comment